Wednesday, April 15, 2009

Pendidikan Wujud Dimana-Mana

Pusat Untuk Mendapat Pendidikan Menjahit Khusus Untuk Para Wanita








Puan Liliah Bt Abdullah

Puan Liliah menghasilkan dan mengambil tempahan membuat pelbagai jenis baju lelaki dan wanita. Kebiasaannya sepasang baju wanita akan dikenakan upah sekitar RM 20 sehingga RM 100 mengikut jenis kain dan fesyen baju yang dikehendaki. Bagi sepasang baju lelaki pula dikenakan upah sekitar RM 40 sehingga RM 60 mengikut fesyen dan jenis baju yang dikehendaki. Walaubagaimanapun sekiranya terdapat jenis kain dan fesyen yang lebih menarik harga yang berpatutan akan dikenakan.

Selain itu, Puan Liliah juga menghasilkan produk kraftangan seperti beg dan perhiasan dinding yang berharga sekitar RM 18 sehingga RM 30 mengikut kesesuaian.

Puan Liliah juga turut menyediakan perkhidmatan mengajar orang yang mempunyai asas menjahit. Walaubagaimanapun upah yang dikenakan adalah berdasarkan harga baju yang ingin dipelajari.



Pendidikan Luar

Gambar : Kanak-kanak belajar tentang IT

Gambar : Suasana pembelajaran di dalam Perpustakaan

Gambar : Kanak-kanak khusyuk membaca buku

Gambar : Kelihatan Staf Perpustakaan dan pengunjung perpustakaan


Gambar : Perpustakaan Awam Simunjan

Membaca Kunci Kejayaan

Perpustakaan Awam (PA) Simunjan terpilih sebagai Perpustakaan Awam Model pada awal tahun 2008. Dengan adanya pengiktirafan ini, perpustakaan ini telah dinaik taraf menjadi perpustakaan yang moden dan lengkap dengan kemudahan pembelajaran.
Sehingga kini, PA Simunjan mempunyai 3,116 ahli berdaftar. Kebanyakkan mereka adalah pelajar sekolah yang menjadikan perpustakaan ini sebagai sumber rujukan dan tempat menyiapkan kerja sekolah.
Pada masa kini, PA Daerah Simunjan sedang diselenggara untuk dinaik taraf. Kemudahan komputer dan internet juga terdapat di Perpustakaan Awam Simunjan.



Sekolah-Sekolah Yang Terdapat Di Simunjan

Sebilangan Kecil Sekolah Rendah Di Simunjan

Gambar : SK Abang Man, Simunjan

Gambar : SJK Chung Hua, Simunjan


Gambar : SK Gunung Ngeli, Simunjan

Gambar : SK Sageng, Simunjan

MAKLUMAT AM PENDIDIKAN DI DAERAH SIMUNJAN

Bilangan Pusat Pendidikan Tahun 2007 ( Sumber : Jabatan Pelajaran Kecil Daerah Simunjan )

  1. Pra Sekolah = 40 Buah
  2. Sekolah Rendah = 51 Buah
  3. Sekolah Menengah = 4 Buah
  4. IPT = Tiada


    Perkembangan Pusat Pendidikan Di Daerah Simunjan menunjukkan penduduk Daerah Simunjan amat mementingkan pendidikan.

Sekolah-Sekolah Yang Terdapat Di Simunjan

Sebilangan Gambar Pusat Pendidikan Yang Ada Di Simunjan
Gambar : Jabatan Pelajaran Kecil Daerah Simunjan
Gambar : SMK Sri Sadong
Gambar : SMK Simunjan No.1



Tuesday, April 14, 2009

Simunjan

Daerah Simunjan


Kedudukannya yang strategik iaitu ditengah-tengah Pekan Simunjan membolehkan kemajuan Pendidikan yang ada di Simunjan. Daerah Simunjan mempunyai keluasan 2,077 km persegi. Jarak Daerah Simunjan dari bandaraya Kuching melalui jalan darat adalah sejauh 176 km manakala melalui jalan air adalah sejauh 103 km. Daerah/Kawasan dalam Pentadbiran Daerah Simunjan turut meliputi Sebuyau dan Gedong. Visi Daerah Simunjan adalah "Menjadi Sebuah Daerah Pertanian pada tahun 2015".